DOHA – Sejak beberapa tahun kebelakangan bulan Ramadan jatuh pada musim panas yang menyaksikan waktu siang lebih panjang di hemisfera utara dan cuaca panas di beberapa negara.
Sebaliknya di hemisfera selatan, waktu berpuasa lebih singkat dan jatuh pada musim sejuk.
Pada tahun lalu, tempoh waktu berpuasa paling panjang di seluruh dunia ialah antara 11 jam sehingga 22 jam.
Namun tahun ini menyaksikan tempoh waktu berpuasa ialah antara 10 jam di Chile sehingga 21 jam di Greenland.
Berikut adalah tempoh waktu berpuasa paling panjang di beberapa negara seluruh dunia:
1. Nuuk, Greenland: 21 jam bermula 2:16 pagi sehingga matahari terbenam pada pukul 11:14 malam.
2. Stockholm, Sweden: 19.5 jam (1:57 pagi – 9:39 malam)
3. Moscow, Russia: 19 jam (1:49 pagi- 8:56 malam)
4. London, United Kingdom : 18.5 jam (2:29 pagi – 9:03 malam)
5. Astana, Kazakhstan: 18.5 jam (2:43 pagi – 9:15 malam)
6. Brussels, Belgium: 18.5 jam (3:12 pagi – 9:41 malam)
7. Beijing, China: 16.5 jam (2:55 pagi – 7:33 malam)
8. New York, Amerika Syarikat (AS): 16.5 jam , (3:54 pagi – 8:17 malam)
9. Tokyo, Japan: 16 jam (2:44 pagi – 6:49 malam)
10. Kabul, Afghanistan: 16 jam (3:02 pagi – 6:58 malam)
11. Rabat, Maghribi: 16 jam (3:38 pagi – 7:31 malam)
12. Islamabad, Pakistan: 16 jam (3:20 pagi – 7:11 malam)
13. Kaherah, Mesir: 15.5 jam (3:13 pagi – 6:49 malam)
14. New Delhi, India: 15 jam (3:54 pagi – 7:12 malam)
15. Jakarta, Indonesia: 13 jam (4:34 pagi – 5:44 petang)
16. Pretoria, Afrika Selatan : 12 jam (5:23 pagi – 5:26 petang)
17. Canberra, Australia: 11.5 jam (5:31 pagi – 5:02 petang)
18 . Punta Arenas, Chile: 10 jam (6:34 pagi – 4:41 petang)
– Utusan Online
www.indahnyaislam.my