Ramadan ini janganlah sekali-kali dipisahkan dengan makna jihad

Salam Ramadan Al-Mubarak 1445H

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Sebagai peringatan, bahawa bulan Ramadan ini janganlah sekali-kali dipisahkan dengan makna jihad. Juga, jauh sekali bulan Ramadan itu difahami sebagai bulan untuk berehat-rehat.

Bulan Ramadan juga dihayati sebagai bulan untuk memburu kemenangan, maka mestilah diertikan dengan memburu kemenangan di peringkat individu dan juga kemenangan untuk umat Islam sejagat.

Saya juga ingin berpesan agar penuhilah masjid di seluruh negara di samping menyuburkan rasa ukhuwah dan semarakkanlah semangat jihad pembebasan Masjid Al-Aqsa.

Pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini, janganlah sesekali terlupa untuk mendoakan pembebasan Masjid Al-Aqsa pada setiap malam Ramadan. Jangan ada seorang imam solat pun yang tidak mendoakan pembebasan Al-Aqsa samada dalam bacaan qunut nazilah ataupun doa seusai setiap solat yang ditunaikan.

Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Pengerusi Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts