Ramadhan dan ribath di jalan Allah

 

1. Allah SWT membuka seluas-luas ruang kebaikan untuk umat Islam kutip di bulan Ramadhan. Justeru bulan ini dipanggil bulan ibadah kerana setiap apa sahaja kebaikan yang dilakukan adalah ibadah. Oleh itu, rebutlah peluang yang ditawarkan iaitu pengampunan dosa-dosa, mendapat balasan syurga dan pembebasan daripada api neraka. Rugi bagi mereka yang mengabaikan peluang ini.

2. Bulan Ramadhan juga dipanggil sebagai bulan perjuangan dan kemenangan atau Syahru al-Intishaarat kerana di bulan ini terdapat banyaknya ekpedisi perisikan dan ketenteraan yang berlaku di dalam sirah Islam sejak zaman nabi Muhammad SAW lagi.

3. Antara ibadah yang besar nilainya disisi Allah selain tilawah dan sedekah ialah “Ribath” iaitu bersiap siaga menjaga perbatasan tanah air dari dicerobohi musuh Islam.

4. Rasulullah s.a.w bersabda:

رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا

“Ribath (bersiap siaga) satu hari di jalan Allah lebih baik dari dunia dan apa saja yang ada di atasnya.” (HR Bukhari)

5. Dalam hadis lain: “Ribath (berjaga-jaga di perbatasan) sehari semalam lebih baik daripada puasa dan solat malam sebulan penuh, jika dia meninggal maka amalannya senantiasa mengalir sebagaimana yang pernah dia amalkan, mengalir pula rezeki baginya dan dia terbebas dari fitnah kubur.” (HR Muslim)

 

 

6. Ulamak membincangkan maksud ribath antaranya ialah menjaga daripada umat leka dari serangan musuh Islam. Serangan dari sudut ideologi mahupun ekonomi dan ketenteraan.

7. Mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, mengekalkan identitinya, menghalang daripada ia dileburkan dan menambah baik isikandungnya adalah ribath di jalan Allah.

8. Menjelaskan bahawa liberalisma, pluralisma dan sekularisma adalah ideologi yang merosakkan dan menjauhkan manusia daripada tuhan dan ideologi ini dipegang oleh DAP dan konco-konconya dengan slogan Malaysian Malaysia mereka, dan seruan pimpinan mereka, adalah ribath di jalan Allah.

9. Menyedarkan masyarakat agar tidak alpa dengan percaturan musuh, tertipu dengan perjanjian-perjanjian Barat (ICERD, Statut Rom, dll), tertipu dengan slogan Islam Moderat dan seangkatan dengannya adalah usaha yang baik dan ribath di jalan Allah.

10. Berpegang kuat dengan nas syarak dalam masa masyarakat tertipu dengan slogan maqasid syarak sedangkan ianya tidak berlandaskan kepada nas pun, adalah ribath di jalan Allah.

11. Dan apa juga sekecil-kecil usaha yang dengan usaha kita itu musuh-musuh islam akan rasa sakit dan kepanasan dan mereka akan cuba menyakiti kita semula denga segala jentera yang ada, adalah ribath dijalan Allah.

12. Oleh itu, kepada para pejuang kebenaran, teruskan usaha dengan apa jua cara baik penulisan, atau ceramah dan forum atau apa-apa sahaja dengan penuh hikmah dan contoh teladan yang baik. Semoga anda semua mendapat ganjaran ribath.

Mohd Noor Azib Asmangi
Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts