Ramadhan, Engkau Pergi Lagi

08

 

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian telah berpuasa kerana Allah selama tiga puluh hari, berdiri melakukan solat selama tiga puluh hari pula, dan pada hari ini kalian keluar lalu memohon kepada Allah agar menerima amalan tersebut.”

Umar Abdul Aziz menyampaikan khutbahnya dihadapan khalayak ramai di pagi Eidul Fitri itu. Salah seorang di antara jemaah yang hadir kelihatan sedih.

Lalu bertanya seseorang kepadanya,

“Sesungguhnya hari ini adalah hari bersuka ria dan bersenang-senang. Kenapa engkau malah bermuram duka? Ada apa gerangannya?”

“Engkau benar, wahai sahabatku,” kata orang tersebut.
“Akan tetapi, aku hanyalah hamba yang diperintahkan oleh Rabb-ku untuk mempersembahkan suatu amalan kepada-Nya. Sungguh aku tidak tahu apakah amalanku diterima atau tidak.”

ENGKAU PERGI LAGI

Ramadhan,
Engkau pergi lagi.

Ada yang gembira,
Riang menyambut hari raya yang bakal menjelma.

Ada yang tidak terendah,
Tidak sedar akan ketibaannya apatah lagi merasai pemergiannya.

Dan di antara sekalian manusia itu,
Ada yang bersedih hati,
Kesal dalam tangisan,
Amal-amal yang terbaik gagal dipersembahan,
Kerana hari-hari selepasnya,
Tiada lagi ganjaran semewah Ramadhan,
Ingin menunggu setahun lagi,
Entah hidup entah mati,
Dia tidak mengetahui.

QUL, AMANTU BILLAHI TSUMMASTAQIM

“Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku dalam Islam,
suatu perkataan yang tidak akan saya tanyakan kepada orang lain selain engkau.’’

Soalan Amrah bin Sufyah itu dijawab oleh Rasulullah dengan jawapan yang ringkas tetapi penuh bermakna,

‘QUL, AMANTU BILLAHI TSUMMASTAQIM!
Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqomahlah!’ (H.R. Muslim)

Sahabat sekalian,

Ramadhan hampir melabuhkan tirai.
Kekalkan semangat, jangan terlalai!
Andai kita tidak mampu menyambut Ramadhan dengan baik,
Janganlah biarkan ia berlalu dengan kegagalan.

Semoga Allah menerima amal ibadah kita dan menjadikan kita orang yang selalu beristiqomah dalam kebenaran. Selamanya.

Taqobbalallahu minna wa minkum, taqabbal yaa kariim.

Mohammad Najmi bin Abd Latif
SDM Dental College, Dharwad
Aktivis ISMA India Zon Utara

Sumber: ismaindia.net

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts