“Seperti yang kita tahu UEC hanya memberi peluang kepada sesetengah kaum sahaja di Malaysia, dan bakal merendahkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di Malaysia.
“Malah, beliau sebelum ini pernah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai antara tiga tokoh yang menjadi halangan besar pengiktirafan UEC.
“Dengan sikap begitu, bagaimana kita mahu menerima Timbalan Menteri Perpaduan yang menyokong UEC di dalam kerajaan sedia ada?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Lian Ker mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Pelantikan Lian Ker menerima bantahan kebanyakan pihak kerana disifatkan antara individu yang lantang menentang hukum dan dasar berkaitan dengan agama Islam.
Mengulas lanjut, Rashidi berkata, Lian Ker juga antara individu yang cuba menimbulkan keraguan terhadap agenda Bumiputera di dalam ‘Wawasan Kemakmuran Bersama’ yang digagaskan kerajaan sebelum ini.
“Umum mengetahui bahawa dasar afirmatif merupakan pendekatan sejak dahulu lagi bagi mengurangkan kesenjangan kekayaan antara kaum seterusnya menutup sebab-sebab yang boleh menjadi punca kepada perpecahan di Malaysia.
“Sekali lagi, dengan isu ini kita tidak mahu Timbalan Menteri Perpaduan yang gagal menghayati semangat dasar afirmatif dan juga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Katanya lagi, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Mahkota itu juga terkenal dengan kelantangannya mengkritik hukum dan dasar berkaitan Islam, termasuk pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) yang dibawa UMNO-PAS sebelum ini.
“Kegagalan menentukan apa yang menjadi hak-hak orang Islam dan bukan Islam berpotensi mewujudkan ketegangan dan konflik di Malaysia. Justeru, kenapa harus dilantik seseorang yang mempunyai rekod yang teruk sebegini?
“Kita rasakan kerajaan PN yang telah disimbolkan sebagai kerajaan Melayu Islam tidak terdesak dan perlu melantik orang politik sebegini sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.
“Ini kerana masih terdapat tokoh-tokoh lain yang terdiri daripada golongan akademik atau masyarakat seperti Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang merupakan Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA) yang jauh lebih layak daripada beliau,” katanya. – ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Tepat sekali tidak perlu menyokong perlantikan menteri tersebut kerana org seperti ini hanya menjadi duri dlm daging dan sia sia sahaja. Memegang jawatan hanya kerana nama sahaja. Kerajaan jangan hanya mengambil hati mereka shj ttp harus diingat hati raayak lebih penting dan perlu dijaga untuk kebaikan. Telah terbukti bahawa bangsa mereka pun tak pernah nak ambil hati bangsa melayu apabila diberi kuasa. Insaflah