Rasulullah mendidik peniaga dan pembeli

  1. Rasulullah ﷺ mendidik para peniaga Muslim agar bersikap jujur dan amanah. Baginda mengingatkan bahawa peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bertaqwa. Sabda Rasulullah: إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

“Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)

  1. Para sahabat tertanya-tanya, kenapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa? Lalu Rasulullah ﷺ menjawab:

وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ

“Tetapi (sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.” (HR Ahmad)

  1. Rasulullah ﷺ turut mengingatkan bahawa sekiranya mereka bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah:

الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ

“Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran. (Musnad Firdaus al-Dailami)

  1. Begitu juga dengan pembeli seharusnya menyemak dahulu harga, berbincang dengan peniaga sebelum melakukan transaksi dan menegur kepada mereka sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Sabda Rasulullah ﷺ:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إذا باعَ، وإذا اشْتَرَى

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang ketika dia berniaga dia bertimbang-rasa dan ketika dia membeli (sebagai seorang pembeli), dia juga bertimbang-rasa. (HR al-Bukhari)

  1. Begitu juga sekiranya pembeli ingin menuntut hak mereka, maka hendaklah dilakukan mengikut prosedur dan dengan jalan yang baik. Sabda Rasulullah ﷺ :

من طلب حقا فليطلبه في عفاف واف أو غير واف

“Barang siapa yang ingin menuntut haknya, maka hendaknya dia mendapatkannya dengan cara yang terhormat, baik ia berhasil mendapatkannya atau tidak.” (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts