1. BAGI memperkasa Kempen Utamakan Produk Muslim, panduan dari Rasulullah hendaklah sentiasa diingatkan. Baginda mendidik peniaga Muslim agar bersikap jujur dan amanah. Baginda mengingatkan bahawa peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bertaqwa. Sabda Rasulullah:
إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ
“Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)
2. Para sahabat tertanya-tanya, kenapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa? Lalu Rasulullah menjawab:
وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ
“Tetapi (sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.” (HR Ahmad)
3. Rasulullah turut mengingatkan bahawa sekiranya peniaga Muslim bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah:
الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ
“Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran. (Musnad Firdaus al-Dailami)
4. Seandainya peniaga Muslim sentiasa menjaga sifat taqwa dan amanah ini, maka tidak salah untuk kita menyokong kempen mengutamakan produk Muslim ini. Bukan sahaja kita berjaya mendapatkan sumber yang lebih baik dari aspek halal dan tayyib (halalan tayyiba), kita juga akan memperkasakan ekonomi Muslim seperti yang pernah diperjuangkan oleh Baginda Nabi terdahulu.
Teruskan menyokong Kempen Utamakan Produk Muslim!
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)