Rasulullah SAW dan memudahkan urusan perkahwinan

 

1. Imam Ahmad serta Ibn Hibban meriwayatkan satu hadith yang sangat menarik dalam urusan perkahwinan. Sabda Rasulullah:
إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ : تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا ، وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا ، وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya antara kebaikan (keberkatan/kebahagiaan) seorang wanita itu adalah pada mudahnya urusan pertunangannya, rendahnya (mudah) urusan maharnya serta senangnya dalam menghubung silaturrahim.” (Ahmad, Musnad, 2001; Ibn Hibban, Sahih, 1988)

Hadith ini mengajar kita bahawa memudahkan urusan perkahwinan itu adalah antara sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah.

2. Al-Imam Abu Daud pula meriwayatkan bahawa:
خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah”

Dalam menghuraikan hadith ini, al-Mubarakfuri menyebutkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan mudah itu adalah urusan perkahwinan tersebut dipermudahkan dari aspek mahar dan belanja yang lain. Manakala Sheikh al-Azizi pula menghuraikan maksud mudah itu sebagai “yang rendah maharnya serta mudah urusan pertunangannya. (al-Mubarakfuri, ‘Aun al-Ma’bud, 1415H).

3. Dari aspek praktikalnya pula, Rasulullah sendiri memberikan tauladan yang terbaik. Ketika Saidina Ali datang untuk meminang Fatimah, Baginda bertanya kepada beliau: Apa yang ada di sisi mu yang boleh dijadikan mahar?”. Ali menjawab: Aku tidak memiliki apa2. Lalu Rasulullah mencadangkan baju besi yang dimiliki oleh Ali sebagai mahar perkahwinan mereka. (Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i)

Malah Saidina Umar turut menjadi saksi dalam perkara ini. Kata Umar:

أَلا لا تُغْلُوا صُدُقَ النِّسَاءِ ، فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِي الدُّنْيَا وَتَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ ، كَانَ أَوْلاكُمْ بِهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مَا زَوَّجَ أَحَدًا مِنْ بَنَاتِهِ وَلا تَزَوَّجَ أَحَدًا مِنْ نِسَائِهِ بِأَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً
Maksudnya: “Janganlah kamu semua meninggikan mahar wanita, jika ia adalah satu kemuliaan di dunia atau satu ketaqwaan di sisi Allah, maka yg lebih berhak denganya adalah Muhammad SAW, namun Baginda hanya mengahwinkan salah seorang puteri baginda bahkan Baginda sendiri tidak mengahwini perempuan lain melebihi belanjanya dari 12 Awqiah (satu awqiyah 40 dirham)” (Abu Daud 2099, al-Tirmizi dan beliau menilainya sebagai Sahih 1114)

4. Mempermudahkan urusan perkahwinan ini sangat membantu pemuda Islam dari banyak aspek, terutama dalam urusan menjaga kehormatan Muslim. Dalam perkara ini Rasulullah menjanjikan bahawa mereka yang berkahwin untuk menjaga kehormatannya akan sentiasa dipelihara Allah. Dan peranan Muslim yang lain juga adalah membantu niat suci mereka ini.

Sabda Rasulullah:
قد قال النبي صلى الله عليه وسلم: ثلاثة حق على الله عونهم.. وذكر منهم: الناكح الذي يريد العفاف. رواه أحمد والنسائي والترمذي وحسنه

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: Ada tiga golongan yang akan dibantu oleh Allah, salah seorangnya adalah mereka yang bernikah kerana ingin menjaga kehormatan diri (dan kesucian agama). Riwayat Ahmad, al-Nasa’i dan al-Tirmizi.

Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM

www.indahnyaislam.my

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts