Rejim Israel curi dokumen penting Masjid Al-Aqsa

 

JERUSALEM – Pihak berkuasa rejim Zionis dilaporkan mencuri dokumen penting dari Masjid Al-Qasa yang berkaitan harta dan sumbangan ketika ,menutup masjid ketiga suci umat Islam bulan lalu.

Pengerusi Pusat Antarabangsa Jerusalem, Hassan Khater berkata, mereka telah mencuri dokumen dari bilik, perpustakaan, arkib dokumentari Masjid Al-Aqsa ketika anggota keselamatan rejim itu bersendirian di masjid berkenaan.

Beliau berkata, bahan yang dicuri itu, termasuk ‘dokumen rahsia dan tandatangan yang kemungkinan besar boleh dipalsukan oleh rejim Israel.

Khater menegaskan keupayaan Israel untuk memalsukan dokumen akan merugikan kekayaan kota ini.

Beliau bimbang kemungkinan rejim Israel akan menggunakan dokumen ini untuk melaksanakan pelbagai rancangan di bandar suci itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
  1. Umat islam disekitar alaqsa yg selalu dtg solat di masjid itu sepatutnya bkan hanyA DTG SOLAT AJE. tAPI MEREKA SEPATUTNYA MENJAGA drp awal lagi segala dokumen dan harta masjid tersebut drp didirampas atau dicuri. Imam dan jawatankuasa masjid alaqsa patut ambil tindakan dari awal lagi huhu. Tujuannya utk mgelakkan kejadian yg sebegini la.

  2. Umat islam hanya tahu solat aje dimasjid alaqsa tapi tidak berusaha menjaga apa yg ada didalam masjid itu. Kalau dimsia masjid2 amat dijagai olh imam dan jawatankuasa masjid mengenai segala dokumen, quran,kitab2 yg ada didalam masjid itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts