Rejim Israel rata tanah milik Palestin, buka jalan tentera

 

BAITULMAQDIS– Pasukan pendudukan negara haram Israel terus meratakan tanah milik Palestin, bagi membuka jalan yang akan digunakan oleh tentera berhampiran pintu masuk ke bandar Hizma, timur laut Baitulmaqdis yang diduduki.

Salah seorang pemilik tanah, Mohammed Salah Eddin berkata, pasukan Israel menempatkan khemah di pintu masuk ke bandar Hizma, sementara jentolaknya terus meratakan tanah milik penduduk Palestin untuk membuka jalan raya sepanjang satu kilometer dan 16 meter lebar.

Dia memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk kawasan itu mungkin tidak berhenti di sini dan mengingatkan akan niat nyata Israel untuk menguasai ratusan tanah Palestin di kawasan itu.

Pemilik tanah itu juga meminta penduduk bandar untuk tetap teguh di tanah mereka dan berdepan percubaan Israel.

Menurut kumpulan anti-pendudukan Israel, Peace Now, selama bertahun-tahun, Israel telah menggunakan sejumlah prosedur undang-undang dan birokrasi untuk memenuhi tanah Tebing Barat.

Tujuan utamanya bagi mendirikan petempatan haram dan menyediakan simpanan tanah untuk mereka.

“Menggunakan lima kaedah ini: penyitaan untuk tujuan ketenteraan; pengisytiharan tanah negara; penyitaan harta benda pemilik tidak hadir; penyitaan untuk keperluan awam; dan pendaftaran awal.

“Israel telah berjaya mengambil alih sekitar 50 peratus tanah di Tebing Barat, menyekat penduduk tempatan tempatan daripada menggunakannya.” – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts