Rejim pengganas Israel tangkap 15,000 wanita Palestin sejak 1967

 

GAZA – Lebih 15,000 wanita warga Palestin yang tidak melakukan sebarang kesalahan ditangkap rejim pengganas Israel sejak tahun 1967.

Ketua Jabatan Statistik di Kementerian Hal Ehwal Tahanan Palestin di Gaza, Abdul-Nasser Farwana berkata, kekerasan yang digunakan rejim Zionis terhadap wanita sangat teruk, tanpa rasa belas kasihan.

Katanya, kebanyakan wanita ditangkap di rumah pada waktu tengah malam.

“Jika tidak mengikut arahan, mereka akan dipukul dengan kejam. Paling menyedihkan ramai tahanan wanita Palestin didera, disiksa dan dikenakan pelbagai tekanan fizikal dan mental di dalam penjara.

“Kebanyakan tahanan mengalami kecacatan yang kekal, penyakit yang kronik, dan tidak kurang juga yang meninggal dunia akibat deraan dan penyiksaan yang berterusan.

“Ada laporan mengatakan tahanan diberikan sel yang kotor, sempit dan tidak dilengkapi kemudahan asas, bahkan tidak diberikan kelengkapan untuk memanaskan badan di musim sejuk,” katanya.

Farwana berkata, sejak berlakunya pertempuran di Baitulmaqdis tahun 2015, rejim Zionis telah telah menahan lebih 445 wanita Palestin, termasuk golongan bawah umur.

“Salah seorangnya, Fatma Tqatqa berasal daripada bandar Beit Fajar, Bethlehem meninggal selepas ditembak beberapa kali pada bulan Mac 2017. Terbaharu Zionis menangkap pelajar Palestin di Universiti Terbuka Al-Quds, Fatima Fadi Jarrar,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts