Rejim Zionis tembak mati dua rakyat Palestin

 

JENIN – Askar rejim Zionis menembak mati dua pemuda Palestin dalam serbuan di kem pelarian Jenin Tebing Barat, semalam.

Sa’ad Salah, 21, ditembak di kepala dan maut di tempat kejadian, manakala Aws Salameh, 17, pula meninggal dunia di hospital awal pagi Rabu.

Mereka adalah rakyat Palestin ke-39 yang dibunuh tentera Israel sepanjang tahun ini.

Menyaksikan insiden itu, salah seorang penduduk kem pelarian Jenin, Mujahid al-Saadi berkata, selepas menembak Sa’ad di kepala, tentera Israel kemudian melepaskan sepuluh das tembakan juga di dada Sa’ad.

Bahkan dalam masa sama katanya, ada seorang lagi warga Palestin turut ditembak di kaki, namun dia keadaan baik, hanya cedera ringan.

Rejim Zionis melancarkan keganasan di wilayah Palestin yang dijajahnya sejak Oktober 2015 dan dilaporkan setakat ini telah membunuh 277 penduduk Palestin.

Israel seperti biasa kononnya mendakwa mereka yang terbunuh itu kebanyakannya menyerang peneroka haram Yahudi atau askar Israel dengan pisau. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts