1. JAGA hubungan dengan Allah, mudah-mudahan Allah memelihara urusan kita termasuk urusan rezeki. Perhatikan kisah Saidatina Maryam seperti yang diungkapkan dalam al-Quran.
2. Setiap kali Nabi Zakaria masuk berjumpa dengan Saidatina Maryam, Nabi Zakaria dapati Maryam dikurniakan rezeki yang tidak diusahakannya. Sebahagian mufassir menjelaskan bahawa rezeki tersebut adalah buah-buahan yang bukan musimnya ketika itu.
3. Rezeki yang dianugerahkan kepada Maryam amat menghairankan Nabi Zakaria sehingga baginda bertanya: “dari mana kamu dapati semua benda ini?”
4. Maryam lalu menjawab: “semua ini adalah dari Allah.” Perhatikan bagaimana al-Quran mengaitkan urusan rezeki dengan kekuasaan Allah.
5. Oleh itu, jagalah hak Allah, nescaya Allah akan memelihara urusan kita dengan izinNya inshAllah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)