Ribuan rakyat Palestin berkumpul peringati Peristiwa Nakba

 

GAZA – Rakyat Palestin hari ini memperingati Peristiwa Nakba yang berlaku 70 tahun lalu, sehari selepas rejim pengganas Israel membunuh 61 penunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel, semalam – jumlah kematian tertinggi sehari sejak ‘The Great March of Return’, 30 Mac lalu.

Ribuan penunjuk perasaan keluar beramai-ramai dari perkampungan Palestin dan kem pelarian untuk berhimpun dan mengingati peristiwa di mana lebh 700,000 warga Palestin diusir dari tanah air mereka dan kewujudan negara Israel.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan jumlah kematian dalam tunjuk perasaan semalam mencecah 61 orang, termasuk lapan kanak-kanak, dan terbaharu seorang bayi lapan bulan yang mengalami kesan akibat gas pemedih mata.

Sekurang-kurangnya 2,771 penunjuk perasaan lagi cedera sejak dua hari lalu, termasuk 225 kanak-kanak dan 86 wanita.

Sementara itu, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berkata, rakyat Palestin akan terus mengambil bahagian dalam ‘The Great March of Return’ dan hanya mereka sahaja yang dapat menentukan masa depan mereka.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Lubnan dan Jordan menarik perhatian dunia terhadap penganjuran perhimpunan terbesar dalam sejarah Zionis.

Dalam ucapan menerusi telefon yang dipancarkan melalui alat pembesar suara dari selatan Lubnan ketika perhimpunan di Gaza, beliau berkata:

“Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan semalam oleh rejim di Gaza membuktikan sifat pengganas Israel walaupun berhadapan dengan demonstrasi aman.

“Rakyat Palestin yang kini berdepan hari-hari yang berat bersedia mengorbankan diri mereka demi tanah air mereka dan tidak pernah terfikir untuk menyerah kalah keada rejim Israel, dan mereka akan terus menentangnya.” – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts