Ribuan umat Islam Iraq tunai solat Jumaat pertama sejak COVID-19

 

BAGHDAD: Ribuan penyokong ulama Iraq, Moqtada Sadr, berkumpul di masjid di timur Baghdad hari ini untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali dalam enam bulan sejak tercetusnya pandemik COVID-19.

Sebelum ini, masjid di Iraq ditutup untuk sebarang kegiatan sejak enam bulan lalu, namun Sadr yang terkenal kelantangannya, Rabu lalu menegaskan pihaknya akan mengadakan solat Jumaat secara terbuka di kubu kuatnya.

Di timur Bahgdad di bandar Sadr hari ini, jemaah yang memakai pelitup muka dan sarung tangan diambil suhu sebelum dibenarkan memasuki perkarangan masjid utama, manakala sukarelawan menyembur cecair pembasmi kuman.

“Kami mengingatkan jemaah supaya mematuhi penjarakan fizikal dan melindungi diri masing-masing daripada virus,” kata imam ketika khutbah Jumaat.

Sadr minggu ini mengeluarkan senarai peraturan solat Jumaat di Twitter, termasuk jemaah dikehendaki mengekalkan jarak 75 sentimeter (cm), manakala khutbah pula selama 15 minit saja.

Pandemik COVID-19 yang teruk melanda Iraq dengan 280,000 kes positif dan lebih 7,800 kematian.

Mac lalu, pihak berkuasa Iraq menutup operasi lapangan terbang dan menguatkuasakan perintah sekatan secara keseluruhan untuk membendung penularan virus.

Ulama Syiah utama Iraq, Ayatollah Ali al-Siatani , menghentikan khutbah mingguannya dan sehingga kini belum memulakannya semula. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts