TERUK NGO-NGO yang memperjuangkan nasib Palestin dikritik, dihentam netizen gara-gara kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang mendakwa dana atau derma rakyat Malaysia diseleweng dan tidak pernah diterima pihaknya.
Selaku Duta Aman Palestin, saya terpanggil untuk memberi komen berkenaan isu ini.
Saya pernah bersama Aman Palestin ke Gaza, Syria, Lubnan bagi menyampaikan bantuan anda, rakyat Malaysia.
Di Gaza, Aman Palestin punya pejabatnya sendiri dan orang tempatan yang menguruskan operasi dan bantuan kalian.
Individu yang bertanggungjawab menguruskan bantuan kalian di Gaza adalah Brother Omar Seyam dan Hamza Deirawi.
Di Tebing Barat, wilayah jajahan zionis pula, Aman Palestin punya wakil terdiri rakyat tempatan yang membawa masuk bantuan kalian.
Untuk rakyat Palestin yang menjadi pelarian di Syria, Lubnan dan Turki pula, kadang-kala CEO dan Pengarah Media Aman Palestin sendiri turun padang agihkan bantuan terus kepada rakyat Palestin di negara-negara tersebut.
Saya pernah mengikuti Misi Bantuan sebegini.
Melihat setiap duit kalian disalur menerusi selimut, baju sejuk, roti, beras, tepung, susu, laban, minyak dan macam-macam lagi.
Tidak sekadar itu.
Dengan derma anda juga, tertubuhnya sekolah, masjid, generator di Gaza.
Kena bom, kami bina lagi hasil sumbangan kalian yang tidak pernah putus.
Maka rakyat Malaysia,
jika anda terbaca berita-berita begini,
TABAYYUN lah terlebih dahulu.
Terima kasih buat rakan-rakan yang ramai WA, DM saya bertanyakan perkara ini.
Teruskan menderma pada mana-mana NGO yang anda yakini kredibilitinya.
Untuk saya, sudah pasti AMAN PALESTIN. 😊
Finaz Yunus
Sumber: Finaz Yunus OfficialPage
⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp/telegram:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)
#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles