PELAKON Adam Corrie telah memuat naik status mengenai latar hidupnya sebelum memeluk agama Islam.
Posting tersebut telah mendapat reaksi hampir 30 ribu pengikut di Instagram (IG) dan rata-rata mereka mendoakan Adam terus istiqomah.
Selain itu, mereka juga memuji usaha Adam yang selalu menyampaikan dakwah dalam setiap postingnya dan berharap agar ia dikekalkan.
Di bawah merupakan perkongsian Adam yang meninggalkan kesan di hati pembaca, kerana dahulu hidupnya tiada arah tujuan, sehinggalah bertemu Islam.
“Dahulu saya sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.
“Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.
“Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut di akhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum Islam.
“Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri, kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.
“Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.
“Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan. Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah dengan ilmu yang mereka ada.
“Tepuk dada, tanya iman sendiri,” tulisnya.
Adam sebelum ini pernah mendedahkan dirinya seorang Atheis dan tidak percaya kepada tuhan dan berasakan hidupnya kosong.
Bagaimanapun katanya, hidayah daripada Allah itu tiada siapa pun yang dapat menduga.
Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007. – GEMPAK
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)