Sayangkah anda kepada Allah?

boy

 

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kini, masalah meninggalkan solat bukanlah isu remeh yang perlu dilupakan dan dipandang enteng oleh semua umat Islam di dunia.

Saya merayu tolonglah jaga solat anda. Mengerjakan solat tidaklah sukar seperti melakukan kerja berat. Anda hanya perlu mengerjakan 5 kali sehari sahaja.

Masa untuk mengerjakan solat 5 waktu itu hanya 10-15 minit. Keseluruhan untuk 5 waktu solat fardu adalah kira-kira 50 minit hingga 1 jam 15 minit. Apalah sangat. Luangkanlah masa bertemu dengan ALLAH, jangan sombong sangat dan leka dengan kehidupan di dunia ini.

Bagi mereka yang telah cukup 5 waktu solat, cuba pulak solat tepat pada waktunya. Ini kena usaha lebih sikit. Kalau anda cuba buat, anda akan dapat nikmat yang tak terhingga.

Tips mudah untuk solat tepat pada waktunya:

1. Setkan masa pada telefon bimbit atau hafal waktu solat untuk kelima-lima waktu tersebut.

2. Sedia 10 minit awal dari waktu solat tu. Siap sedia untuk ambil wuduk. Lelaki lebih mudah. Bagi perempuan sukar sikit sebab banyak prosedur yang perlu wanita lakukan sebelum mengambil wuduk seperti, membuka tudung, membasuh foundation, membasuh celak dan bermacam-macam lagi.

3. Setkan pada minda bahawa waktu solat itu macam waktu yang penting yang anda kena tepati. Contohnya seperti waktu peperiksaan ke ataupun apa-apalah yang anda tak boleh nak tinggal ataupun terlambat. Sebab kalau anda lambat, banyak isu akan timbul ataupun mungkin kena marah kalau lambat sampai.

4. Sematkan pada diri anda juga yang anda rasa kasihan kepada ALLAH. Anda tidak hendak bagi ALLAH tunggu anda untuk ucapkan syukur ataupun memuji Dia sebab…ALLAH dah banyak bagi nikmat untuk anda yang anda kena syukuri.

ALLAH dah banyak tolong anda apabila anda dalam kesusahan. Anda tak boleh nak biarkan ALLAH tunggu anda walaupun seminit untuk anda ucapkan tanda syukur. Hakikatnya, ALLAH tidak memerlukan ibadah kita, bahkan kita yang memerlukan ibadah kepada ALLAH.

Contoh mudah yang senang nak faham:

Anda ada minta tolong pada seseorang untuk pinjam duit masa anda susah. Suatu hari, dia telefon anda untuk ajak anda nak jumpa semata-mata untuk bertanya khabar. Janji berjumpa jam 9 pagi. Anda rasa anda akan rasa malu tak kalau anda datang jam 9.30 pagi, dan orang yang pernah tolong anda ini, tercongok setia menunggu. Siap dah order air 5 gelas dah sebab dah tunggu anda 30 minit. Sebab orang itu datang tepat pada pukul 9 pagi.

Ada tak anda ada rasa secebis perasaan malu? Perasaan kasihan? Ataupun perasaan sedih sebab biarkan orang yang pernah tolong anda dahulu menunggu dengan penuh harap untuk berborak dengan anda terpinga-pinga keseorangan selama 30 minit?

Oleh itu, perasaan itulah yang anda kena sematkan.. MALU, KASIHAN, SIMPATI kepada ALLAH kerana biarkan ALLAH menunggu anda.

Sesungguhnya, perumpaan di atas ini adalah tidak dapat menyamai sedikit pun dengan nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita sejak lahir sehingga hari ini. Adakah kita masih mahu bertangguh menunaikan solat?

Macam yang saya katakan tadi. Anda semua kena cuba buat. kena berusaha untuk buat. Kalau kita berusaha untuk solat sungguh-sungguh dan berusaha untuk solat tepat pada waktunya, ALLAH akan tolong kita dalam segala masalah.

Percayalah…

Sebagai pengakhiran, hayatilah Surah Taha ayat 132 yang bermaksud:

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Nukilan: Cahaya

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/tarbiyah-sayangkah-anda-kepada-allah/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts