Sebahagian negara Islam mula puasa Ramadan ketika Gaza terus diserang

Umat Islam di Arab Saudi dan negara Asia Barat lain mula menjalani ibadat puasa yang mulia hari ini, dengan Gaza masih dibelenggu perang dahsyat.

Menurut agensi berita rasmi SPA, semalam, Mahkamah Agung Arab Saudi, negara yang terletaknya dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah mengumumkan hari pertama Ramadan, bulan penuh keberkatan, bermula hari ini.

Berpuasa sebulan dalam Ramadan adalah satu daripada lima rukun Islam.

Ibadat itu dimulakan selepas anak bulan dapat dilihat di negara tertentu seperti di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar yang turut mengumumkan permulaan Ramadan hari ini melalui hebahan di saluran berita rasmi mereka.

Badan penasihat Islam Mesir, Dar al-Ifta juga mengesahkan Ramadan di negaranya bermula hari ini, sama seperti di Wilayah Palestin termasuk Gaza dan di Algeria dan Tunisia.

Bagaimanapun negara jiran, Maghribi dan Libya memaklumkan Ramadan di kedua-dua negara itu bermula esok.

Sebelum itu, Iran terlebih dahulu menetapkan permulaan Ramadan mulai esok selepas pejabat pemerhatian bulannya yang dikenali ‘Estehlal’ berkata tidak mungkin untuk melihat ‘anak bulan Ramadan’.

Di Arab Saudi, permulaan bulan suci dikatakan agak samar-samar berikutan beberapa pemerhati daripada kerajaan melaporkan anak bulan kelihatan kabur akibat ‘cuaca mendung dan zarah debu’.

Bagaimanapun pengesahan akhir mengenai kemunculan anak bulan itu disahkan melalui Balai Cerap Astronomi Universiti Al Majmaah di Riyadh.

Ketika beliau mengumumkan esok sebagai permulaan Ramadan di Jordan, Mufti Besar kerajaan, Ahmed Hasnat memohon Allah supaya ‘meringankan penderitaan rakyat yang tertindas di Gaza’ serta ‘menghilangkan penderitaan dan pencerobohan ke atas negara itu’.

Selain itu, Oman antara negara yang mengesahkan hari pertama Ramadan bermula esok.

Sepanjang Ramadan, umat Islam dilarang makan dan minum bermula daripada matahari terbit hingga ia tenggelam pada lewat petang dan secara tradisinya berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai untuk berbuka puasa bersama.

Selain berpuasa, penganut Islam menunaikan solat Tarawih di masjid selepas solat Isyak.

Peperangan yang masih berlarutan di antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza menimbulkan bayangan suram kemeriahan ibadat berkenaan di rantau itu, dengan harapan musnah berikutan perjanjian gencatan senjata tidak dapat dicapai sebelum Ramadan bermula.

Di sebuah pasar di Rafah, bandar selatan Gaza di mana hampir 1.5 juta orang sedang berlindung, semalam memperlihatkan rakyat Palestin berdepan kekurangan makanan serta dibayangi ketidaktentuan perang sepanjang bulan suci.

“Sudah tentu Ramadan kali ini berbeza dengan Ramadan sebelum ini yang sudah berlalu,” kata Bassel Yassin, seorang jurutera pertanian. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts