Sekatan bantuan kemanusiaan bawa malapetaka kepada penduduk Palestin

90 peratus kanak-kanak Gaza kini kebuluran dan kekurangan makanan sepanjang tempoh perang di wilayah terkepung itu.

Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran, sekatan bantuan kemanusiaan telah membawa malapetaka kepada kanak-kanak dan keluarga mereka.

Katanya, sembilan daripada 10 kanak-kanak di Gaza tidak mendapat nutrien mencukupi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan sihat mereka.

“Lima set data yang dikumpul antara Disember 2023 hingga April 2024 mendapati, sembilan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kekurangan makanan yang teruk.

“Sekatan terhadap keupayaan keluarga untuk memenuhi keperluan makanan kanak-kanak sekali gus meletakkan golongan ini berisiko mengalami kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa,” katanya.

UNICEF berkata, 27 peratus kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam kekurangan makanan yang teruk pada peringkat awal di bawah umur lima tahun yang merangkumi 181 juta orang.

“Inilah realiti bagi jutaan kanak-kanak kecil, ia memberi kesan negatif yang tidak dapat dipulihkan terhadap kelangsungan hidup, pertumbuhan dan perkembangan otak mereka,” katanya. – Agensi

Pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah di kem pelarian Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts