Sekatan JAIS terhadap Syiah tepati syariat dan perlembagaan: MUIS

 

1. MAJLIS Ulama ISMA (MUIS) menyokong tindakan tegas JAIS yang menyekat sebarang doktrin bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang cuba dipaksa ke atas umat Islam di Malaysia, khususnya dalam isu serbuan terhadap penganut sesat ajaran Syiah di Gombak baru-baru ini.

2. Tindakan tegas itu selaras dengan antara peranan serta tanggungjawab utama ulil amri iaitu memelihara umat Islam daripada sebarang fahaman bid’ah atau sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj ayat 41:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُور

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Oleh itu, mencegah fahaman sesat antaranya seperti ajaran Syiah adalah memenuhi tanggungjawab nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah.

3. MUIS ingin menegaskan bahawa perbezaan antara kita (Sunni) dan ajaran Syiah bukanlah pada perkara-perkara furu’ (cabang), tetapi ia membabitkan berkaitan perkara-perkara usul (asas) dalam akidah seorang Muslim. Bagaimana mungkin kita boleh menerima mereka yang langsung tidak menghormati bahkan menghina sahabat Nabi ﷺ?

Bagaimana mungkin kita mengiktiraf mereka yang menokok tambah serta menyelewengkan isi kandungan al-Quran? Bagaimana mungkin kita menerima mereka yang mengangkat manusia (imamah Syiah) melebihi para Rasul sendiri? Inilah antara fahaman akidah sesat ajaran Syiah yang cuba diserap ke dalam diri umat Islam.

4. Fahaman kononnya negara Malaysia tidak menentukan bentuk Islamnya berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (PP) adalah suatu tuduhan tidak berasas. Memahami Islam di Malaysia menurut PP bukanlah sekadar merujuk teks berkenaan, tetapi perlu juga melihat kepada undang-undang negeri kerana secara umumnya perkara berkaitan Islam adalah di bawah kuasa Negeri(Jadual Kesembilan, PP).

 

 

Di sebut dalam Seksyen 2, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 bahawa yang dimaksudkan ‘Hukum Syarak’ ialah “mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali” atau yang disebut dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagai “mazhab yang diiktiraf”.

5. Selain itu juga, autoriti berkaitan tafsiran Islam di Malaysia adalah di bawah kuasa mufti-mufti atas perkenan Sultan. Mufti Selangor pada 24 September 1998 dan terbaru pada Oktober 2013 telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Syiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang perlu disekat sepenuhnya.

Fatwa itu berdasarkan penyelewangan yang dibawa oleh ajaran ini pada sudut akidah, Syariah dan lain-lain. Oleh itu, serbuan yang dilakukan JAIS adalah berperlembagaan merujuk kepada Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Maka ajaran Syiah bukanlah salah satu daripada mazhab pegangan Islam di Malaysia.

6. Seruan mereka supaya Malaysia mengikuti ‘The Amman Message’ yang dikeluarkan pada tahun 2004 juga adalah satu seruan yang mengelirukan. Bukankah mereka sendiri yang menyeru supaya Islam di Malaysia diamalkan berdasarkan keadaan, suasana dan adat masyarakat yang tersendiri atau disebut sebagai Fiqh Malizi?

Tiba-tiba pada hari ini, mereka pula menyeru supaya diambil bulat-bulat fahaman luar untuk dipaksakan ke atas umat Islam Malaysia. Sepatutnya jika mereka benar ingin memperkasakan Fiqh Malizi, mereka perlu memperkasakan institusi Mufti kerana merekalah badan yang paling berautoriti dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

7. Maka MUIS menyeru kepada seluruh umat Islam pada semua peringkat sama ada pemimpin atau masyarakat awam bersama-sama dalam memelihara Islam di Malaysia daripada sebarang fahaman sesat yang boleh merosakkan fahaman asal Islam. Jika kita benar jujur ingin melihat perpaduan umat Islam tercapai, antaranya adalah dengan menyekat doktrin seperti ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan dikalangan umat Islam.

Jika kita bersungguh-sungguh ingin memperkasa gagasan rahmatan lil ‘alamin adalah dengan menyekat ajaran ini kerana ia boleh merosakkan gambaran Islam yang sebenar untuk dipersembahkan pada seluruh manusia.

Moga Allah memelihara umat Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah di Malaysia daripada sebarang finah yang menghancurkan.

Memandu masyarakat, mendaulat Syariat

Dr. Mohd Soberi Awang
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ada hikmah di sebalik kesabaran kita

    أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ…