Sekilas pandang terhadap konsert ‘halal’

  1. Melihat hukum Tuhan secara halal dan haram terhadap sesuatu, adalah suatu pandangan yang cukup mikro, berbanding melihat suatu ‘trend’, sistem atau budaya yang menghasilkan atau menatijahkan suatu perkara, itu lebih besar skop dan pandangannya.
  2. Daripada sekadar ‘menghalalkan’ suatu perkara, yang mungkin boleh jadi sebagai salah satu jalan keluar daripada kemelut sedia ada, ada usaha jangka panjang yang lebih patut difikirkan dan dirancang bagi membentuk satu aliran, budaya dan ‘trend’ tertentu yang bukan sahaja menepati hukum-hakam syariah, tetapi juga menepati ‘roh’ dan tujuan syariah diturunkan.
  3. Jika kita menganggap perkara ini sebagai penyelesaian sementara dan jalan keluar bagi situasi semasa, tidak mengapa. Tetapi menganggapnya sebagai penyelesaian akhir, ia suatu yang merugikan.
  4. Kita memerlukan suatu perubahan, terhadap definisi-definisi yang kita sudah sedia terima hari ini. Definisi terhadap kehidupan, hiburan, pembelajaran, pendidikan, keluarga, kerjaya, politik dan hatta dalam kefahaman dalam beragama, kita memerlukan beberapa muhasabah terhadap apa yang kita lalui hari ini.
  5. Sejauhmana ia benar-benar memberi keuntungan kepada apa yang syarak mahukan, atau pun kita hanya berada pada putaran yang sama, cuma ditukar nama kepada ‘patuh syariah’ semata-mata.
  6. Syarak mahu kita menjadi manusia atas takrifan sebenar. Sebagai hamba, ia patuh dan tunduk kepada Allah SWT, dan sebagai khalifah ia memimpin dan membentuk urus tadbir yang benar-benar ‘menggantikan peranan Tuhan’ atas muka bumi ini.
  7. Sudut pertama mudah dicerap atas konsep ‘patuh syariah’ dan hukum halal haram. Namun sudut kedua lebih memerlukan fokus dan penelitian, sejauhmana kita benar-benar menanggapi bahawa syariah itu hakikatnya mahu ‘meng-insan-kan’ manusia, menaikkan mereka menjadi suatu makhluk yang benar-benar mulia ?

“Acuan Allah, dan siapakah lagi yang lebih baik acuannya berbanding Allah ?” – Surah Al-Baqarah, ayat 138.

Wallahua’lam bissawaab.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts