Melaka: “Selain untuk diri sendiri, penghijrahan saya untuk menyelamatkan mak dan ayah di akhirat kelak,” kata Muhd Fadhil Husin, 29, atau lebih dikenali sebagai Abang Long Fadhil.
Pemuda kelahiran Singapura yang terkenal dengan tatu di wajah itu berkata, walaupun bukan mudah berubah dan kembali ke jalan Allah, tetapi berkat doa ibu, dia diberi petunjuk serta mampu meninggalkan kehidupan lamanya.
“Bayangkan untuk membaca surah Al-Fatihah saja, saya ambil masa lapan bulan dan ketika menunaikan solat, saya hanya berniat membaca Al-Fatihah.
“Ternyata kata-kata emak doa buat saya. Ketika itu dia memberitahu saya keluar lah kalau perkara itu baik dan jangan berpatah balik,” katanya ketika berkongsi kisah hidupnya di Program Tazkirah Ramadan, di Masjid Selat Melaka.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/143956