Sentuh anjing tanpa munasabah haram: Jakim

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan bahawa umat Islam yang memegang anjing dengan sengaja tanpa tujuan munasabah adalah haram serta bercanggah dengan pe­­gangan mazhab dan uruf (kebiasaan) serta adat di Malaysia.

Ketua Pengarah Ja­kim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pi­haknya amat menyesali perbuatan se­se­tengah umat Islam yang memegang anjing secara sengaja tanpa sebarang sebab yang dibenarkan da­lam agama.

“Menurut mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan individu bernama Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuat naik dalam laman Facebook pada 1 Julai lalu mengenai anjing peliharaannya yang bernama Bubu.

Tambah Othman, walaupun Islam meletakkan ka­edah sertu apabila terkena najis yang dikate­gorikan sebagai mughallazah, namun, kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu meme­gang najis mughallazah secara sengaja.

Jelas beliau, tindakan tersebut adalah sama seperti orang yang se­ngaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

“Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah. Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baharu yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam,” ujarnya.

Menurut Othman, pada dasar­nya Islam tidak memandang keji kepada anjing sebagai salah satu makhluk Allah SWT.

Bagaimanapun, katanya, da­lam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan, malah, Islam mewajibkan semua umatnya memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar tidak menjejaskan amal ibadah seharian. – Utusan

www.indahnyaislam.my

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts