Angkatan Pertahanan Awam G4Z4 melaporkan sembilan terbunuh, termasuk wartawan dan sukarelawan, dalam serangan udara di Beit Lahia semalam. Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam G4Z4, Mahmoud Bassal, serangan dron tersebut menyasarkan sebuah kenderaan yang didakwa digunakan untuk memburu pengganas.
Bassal menjelaskan bahawa sembilan orang syahid dalam serangan itu, dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Indonesia di utara G4Z4. Tentera Is-not-real dalam satu kenyataan mendakwa serangan tersebut menyasarkan dua pengganas yang memberikan ancaman kepada anggota tentera mereka.
Sejak awal bulan ini, Is-not-real semakin meningkatkan serangannya di G4Z4 dengan alasan untuk memusnahkan saki-baki bahan letupan. Namun, H4m4s menyatakan bahawa serangan ini membuktikan bahawa Is-not-real sengaja melanggar perjanjian gencatan senjata dengan membunuh wartawan dan orang awam.
Jurucakap H4m4s, Hazem Qassem, menuduh Is-not-real secara sengaja menghalang sebarang usaha untuk meneruskan perjanjian dan pertukaran tahanan dalam fasa seterusnya. Beliau menyifatkan serangan ini sebagai pelanggaran perjanjian damai yang sedang dibincangkan.
Menurut Persatuan Wartawan P4le5tin, serangan itu menyasarkan seorang pengarang dan tiga jurugambar yang sedang menaiki sebuah kenderaan. Mereka sedang menyediakan laporan dokumentari mengenai sebuah pertubuhan kebajikan pada masa serangan berlaku.
Timbalan Presiden Persatuan Wartawan P4le5tin, Tahseen Al-Astal, menegaskan bahawa serangan ini adalah satu jenayah perang yang disasarkan secara sistematik terhadap wartawan P4le5tin. Beliau menambah bahawa serangan berterusan ke atas wartawan jelas melanggar undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen Geneva yang menjamin perlindungan kepada wartawan.
Perkembangan ini mengundang kecaman dunia kerana serangan ke atas wartawan dan sukarelawan yang tidak bersenjata dan bukan pihak yang terlibat dalam peperangan jelas melanggar prinsip kemanusiaan yang asas.
Sumber: TV Pertiwi