‘Seseorang berjubah putih beritahu peluk Islam’

 

SAYA pernah bermimpi bertemu dengan seseorang berjubah putih yang memberitahu agar memilih agama Islam sebagai jalan terbaik dalam hidup,” kata Apa Bengal.

Apa, 71, antara 60 Orang Asli yang memeluk Islam pada Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula, Kampung Orang Asli Sri Makmur, Ulu Kinta, hari ini.

Apa berkata, dirinya menerima hidayah dan membuat keputusan untuk memeluk Islam selepas hampir 10 tahun mengkaji tentang agama itu.

“Sejak mula lagi saya sudah terbuka hati dengan sendiri meminati Islam tanpa ada paksaan sesiapa.

“Sudah lama saya mengkaji mana yang baik (tentang Islam) dan saya mendapati agama Islam adalah agama paling minat dan saya memeluk Islam seikhlas hati,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia yang berketurunan Semai dan menetap di Kampung Pos Dipang, Kampar tidak menganut sebarang agama.

Katanya, sebelum ini dia kerap mengikuti program agama Islam yang diadakan di kawasan penempatannya.

“Saya banyak bergaul apabila ada program agama Islam dan kerap mendengar ceramah agama.

“Layanan orang Islam memang bagus menyebabkan saya berminat dan terbuka hati untuk memeluk agama Islam,” katanya.

Apa mengucap dua kalimah syahadah dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurutnya, walaupun belum memeluk Islam lagi sebelum ini dirinya sedikit sebanyak sudah mula mengamalkan ajaran agama itu.

“Saya sudah belajar berpuasa dan setiap tahun akan berpuasa sekurang-kurangnya 15 hari dan sekarang selepas memeluk Islam saya akan membuat dengan lebih baik,” katanya sambil memaklumkan sebelum ini empat daripada 15 anaknya sudah lama memeluk agama Islam.- MyMetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts