Sheikh Jarrah terus diganggu, alami ratusan pencerobohan setiap hari

 

BAITULMAQDIS – Penceroboh haram Yahudi, yang dilindungi polis Israel, terus mengganggu penduduk Palestin di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis dalam usaha memaksa mereka meninggalkan rumah.

Bercakap kepada agensi berita Safa, penduduk Sheikh Jarrah, Saleh Ziab mengatakan bahawa setiap hari rakyat Palestin diserbu penceroboh haram Yahudi dilindungi oleh polis pendudukan Israel.

Saleh berkata, pasukan pendudukan Israel mencegah rakyat Palestin daripada ‘duduk atau berdiri di depan kediaman mereka dan mengenakan sekatan ketat untuk keluar atau masuk ke kawasan kejiranan.’

Namun, katanya, pasukan itu membenarkan penceroboh haram Yahudi bersenjata berjalan bila-bila masa dan di mana sahaja mereka mahu melalui kawasan kejiranan.

“Malam tadi, kami dikejutkan dengan puluhan tentera Israel tiba-tiba menyerang rumah kami setelah memecahkan pintu dan menakut-nakutkan anak-anak kami.

“Pasukan Israel memeriksa rumah saya dengan alasan mencari pemuda yang melemparkan batu ke arah mereka… Mereka mengancam saya,” katanya.

Saleh mengatakan bahawa polis Israel menyerbu rumah Palestin setelah ada aduan palsu dari pihak penceroboh haram.

“Kawasan kejiranan ini mengalami ratusan pencerobohan setiap hari,” katanya, menegaskan bahawa pasukan pendudukan Israel memberi tekanan kepada rakyat Palestin untuk memaksa mereka meninggalkan rumah supaya dapat memberi ruang kepada penceroboh haram Yahudi.

Sheikh Jarrah telah dikepung oleh Israel sejak 18 Mei. Israel menghalang aktivis dan wartawan memasuki kawasan kejiranan itu.

“Saya tidak dapat melindungi rumah dan anak-anak saya dari pencerobohan mereka,” kata Saleh, menyeru usaha antarabangsa untuk melindungi mereka.

Jawatankuasa Syeikh Jarrah berkata: “Kami menyedari bahawa cubaan untuk menakut-nakutkan penduduk kejiranan oleh tentera dan penceroboh haram Israel bertujuan mendorong kami untuk meninggalkan rumah kami. 

“Kami menekankan bahawa percubaan ini tidak akan berjaya, tetapi membuat kami lebih tabah,” katanya. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts