Shekel I5rael mengalami kejatuhan susulan pembunuhan Ketua Biro Politik H4m4s, Ismail Haniyeh di Tehran pada 31 Julai lalu.
Bloomberg melaporkan pada 31 Julai, shekel jatuh 1.2 peratus “kerana pelabur bimbang pembunuhan ketua politik H4m4s akan meningkatkan bahaya perang ke Timur Tengah dengan lebih meluas.”
Tambahnya, penurunan kumulatif shekel adalah sebanyak 3.3 peratus dalam tiga hari terakhir ini adalah yang paling teruk di dunia selepas birr Ethiopia.
Pakar strategi FX, Monex Europe Ltd di UK, Nich Rees berkata, “sukar untuk melihat senario di mana shekel tidak terus didagangkan di bawah tekanan melainkan kedua-dua pihak berundur.
Beliau turut memaklumkan, shekel telah diperdagangkan pada paras terendah sejak April dan menurut laporan media Ibrani, 46,000 perniagaan I5rael terpaksa ditutup.
Sumber: The Cradle