Shisha: Antara kesedaran dan hukum agama

MERAK: Jalanan tertarik dengan satu status yang dimuat naik oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor mengenai hukum menghisap shisha adalah haram.

Untuk sekian kalinya, jabatan mufti terpaksa mengulangi ingatan tentang hukum menghisap sejenis peranti merokok yang mengandungi arang, air dan perasa.

Dalam petikan status berkenaan, Jabatan Mufti Negeri Selangor turut menyampaikan pesanan agar maklumat tersebut dikongsi kepada rakan-rakan dan dapat menjadi amal jariah bersama.

Berulang kali umat Islam dilarang menghisap, menyediakan perkhidmatan atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha, malah beberapa negeri pernah memfatwakan sebagai haram.

Namun, masih ada umat Islam yang mengingkari larangan tersebut dan melakukan aktiviti itu secara terbuka.

Sebelum ini, hukum menghisap shisha menurut pandangan syarak yang telah diputuskan pada 9 September 2013 adalah haram.

Hukum itu diputuskan berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan hadis serta Kaedah Fiqhiyyah.

Keputusan tersebut diambil kerana shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa serta harta dan dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji.


Mungkin tidak banyak restoran menyediakan shisha tetapi penggemarnya masih ada dan semakin berani, malah menghisapnya secara terbuka.

Baru-baru ini, Merak Jalanan melihat sekumpulan anak muda berkongsi menghisap pod atau rokok elektronik.

Bayangkan, si pemiliknya asyik mengunyah mi goreng yang berselang seli menghisap perantinya. Begitulah dia mengulanginya sehingga habis sepinggan mi goreng.

Kemudian, datang seorang lagi rakannya, mengambil peranti tersebut dan menghisapnya. Kembang tekak Merak Jalanan melihat suasana itu.

Melihat mereka berkongsi, tiba-tiba terfikir kes positif Covid-19 yang semakin tinggi angka jangkitannya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts