Sheikh Izzuddin Al Qassam adalah seorang imam, guru dan seorang pejuang Islam di Syria.
Beliau dilahirkan pada 1882M di Jibillah, Syria dan pernah menuntut di al Azhar pada 1906.
Sheikh Izzuddin pernah dihukum bunuh oleh Perancis dan mengambil keputusan berhijrah ke Palestin kerana menyedari kedatangan Yahudi secara beramai-ramai untuk merebut tanah Palestin.
Perjuangannya menitikberatkan 3 perkara :
- Kewaspadaan ancaman Yahudi
- Ajakan untuk berjihad.
- Memilih orang yang berkualiti, dibekalkan pemikiran yang benar serta kemahiran ketenteraan.
Dari 200 tentera pejuang yang dibentuknya, dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada 5 orang, salah seorang akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang singkat, pasukannya mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang.
Pada 1935, ketika berusia 60 tahun, beliau keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang. Dia mengumpulkan keluarganya, mengumumkan niatnya dan berjanji untuk bertemu di syurga.
Inggeris yang lengkap dengan pesawat bertempur menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya’bad sehingga beliau gugur syahid bersama 2 pejuang lain pada 20 Nov 1935.
Jenazah as Syahid yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam di kampungnya. Kesyahidan mereka telah mencetuskan lebih banyak penentangan terhadap penjajahan zionis di Palestin.
Jasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh umat Islam sehingga sayap ketenteraan HAMAS mengabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.
Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama tokoh besar Izzuddin Al Qassam tidak dapat dipisahkan.
Beliau memiliki cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad.
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM