Siapakah lagi selepas Omran Daqnish, Aylan Kurdi?

aylan-kurdi-omran-daqnish

 

Derita saudara seakidah kita masih belum berkesudahan.

Sebelum ini, gambar adik Aylan Kurdi, 4 tahun, terdampar di pantai Turki menarik perhatian dunia.

Terkini, giliran gambar adik Omran Daqnish, 5 tahun, yang baru diselamatkan daripada runtuhan bangunan enam tingkat selepas dibom di Aleppo, Syria menjadi viral.

Setiap kali kita melihat gambar seperti ini, setiap kali itulah hati tersentuh dan rasa bersalah akan muncul kerana tidak mampu melakukan sesuatu bagi menamatkan penderitaan yang mereka alami.

Inilah antara akibat krisis berlanjutan sejak 2011 yang bermula dengan kebangkitan Arab (Arab Spring) yang mahu menjatuhkan pemimpin zalim.

Rejim yang diketuai Bashar Al-Assad mesti dijatuhkan. Namun, apabila usaha ini tidak berjaya, bencana lain pula datang menimpa. Tentera asing mula masuk campur dan melakukan serangan dan kerosakan.

Tak cukup dengan itu, gerakan militan Daesh yang berpusat di Iraq merebak ke Syria dan menambahkan kekacauan.

Menurut UNHCR, 4.8 juta rakyat Syria telah menjadi pelarian ke luar negara manakala 6.6 juta lagi ditempatkan dalam kem penempatan dalam negara.

Jumlah kematian makin meningkat setiap hari melibatkan kanak-kanak, wanita, orang tua di kalangan masyarakat awam.

Hakikatnya, umat Islam khususnya di Malaysia bukan hanya mampu menyumbang dengan mengikuti perkembangan terkini mereka, bahkan banyak lagi ruang yang boleh dimanfaatkan.

Antaranya sumbangan bantuan kemanusiaan melalui badan kebajikan yang diiktiraf seperti Aman Palestin.

Sebaran kefahaman isu ini juga perlu digiatkan di kalangan masyarakat agar keamanan dan nikmat yang dikecapi dalam negara ini dihargai.

Kita hanya perlu duduk sebentar dan berfikir, apakah yang mampu kita lakukan untuk saudara seakidah kita di Syria? Sudah pasti kita akan menemui jawapannya.

Kita tidak mahu hanya menjadi penonton tanpa menyumbang apa-apa bantuan walaupun sekecil RM1.

Sekurang-kurangnya kita ada jawapan hadapan Allah pada hari akhirat kelak bahawa kita telah melakukan sesuatu dalam menunaikan hak umat Islam di Syria.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/kata-pedang-siapakah-lagi-selepas-omran-daqnish-aylan-kurdi/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts