- Salah satu amalan yang diamalkan oleh para sahabat adalah menunaikan solat dua rakaat setelah berwuduk. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Uqbah bin Amir dalam sebuah hadis di mana beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ، وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، يُقْبِلُ بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا، إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
“Sesiapa daripada kamu berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, lalu dia mendirikan solat dua rakaat dengan penuh khusyuk, maka wajib baginya syurga.” (HR Abu Daud)
- Rasulullah ﷺ menggalakkan kita menunaikan solat dua rakaat selepas daripada kita menyempurnakan wuduk. Sabda Rasulullah:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ يُقْبِل بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
“Barangsiapa yang mengambil wuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dengan sepenuh jiwanya maka wajib baginya syurga.” (HR Muslim)
- Berdasarkan hadis ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa adalah sunat bagi seorang muslim untuk menunaikan solat sunat dua rakaat setelah dia menyempurnakan wuduknya. Kata al-Nawawi:
يستحب ركعتان عقب الوضوء للأحاديث الصحيحة فيها
“Sunat menunaikan dua rakaat sebaik sahaja setelah mengambil wuduk berdasarkan hadis-hadis yang sahih.”
- Malah menurut Sheikh Zakaria al-Ansari sunat bagi kita melakukan solat sunat dua rakaat sedemikian pada bila-bila masa. Kata beliau:
وَنُدِبَ لِمَنْ تَوَضَّأَ أَنْ يُصَلِّيَ عَقِيبَ وُضُوئِهِ رَكْعَتَيْنِ فِي أَيِّ وَقْتٍ كَانَ
“Dan disunatkan bagi mereka yang mengambil wuduk untuk menunaikan solat dua rakaat selepas wuduknya pada bila-bila masa.” (Asna al-Matalib)
- Malah Saidina Bilal bin Rabah dikatakan didengari derapan tapak kakinya kerana amalan beliau yang menjaga wuduk dan menunaikan solat dua rakaat setelah wuduk.
- Oleh yang demikian, perbanyakkan amal soleh yang mana salah satunya adalah menunaikan solat sunat selepas wuduk. Mudah-mudahan Allah menjadikan ia sebagai bekalan buat kita di akhirat kelak.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam: