Fenomena biasa bulan Ramadan begitu ramai yang hadir waktu solat Tarawih di masjid namun jumlahnya jauh lebih sedikit waktu solat Subuh. Sedangkan dari segi keutamaan dan fadilat, solat Subuh berjemaah jauh lebih utama berbanding Tarawih. Dikongsikan sebahagian hadis-hadis mengenai fadilat Subuh berjemaah:
1) Solat subuh berjamaah sama seperti pahala solat seluruh malam. (HR Muslim)
2) Solat subuh disaksikan oleh para malaikat siang dan malam. (HR Bukhari)
3) Apabila seseorang itu tahu akan kelebihan mendatangi jemaah solat Subuh dan Isyak di masjid ia pasti ia akan usahakan datang walaupun dengan keadaan merangkak. (HR Bukhari)
4) Dianugerah fadilat besar di dalam Subuh itu ada solat fajar yang keistimewaannya melebihi dunia dan seisinya. (HR Muslim)
5) Nabi SAW telah mendoakan kerbekahan orang yang bangun Subuh. (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
6) Orang yang menunaikan solat Subuh, ia mendapat JAMINAN dari Allah SWT. (HR Muslim)
7) Orang yang memelihara solat Subuh dan Asar akan melihat Allah SWT di dalam syurga sebagaimana kita melihat bulan yang tidak terhalang. (HR Bukhori Muslim)
8) Orang yang memelihara solat Subuh dan Asar (di awal waktu dengan istiqamah) ia akan masuk Syurga. (HR Bukhori)
9) Barang siapa yang bunuh orang yang solat Subuh Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dasar neraka. (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Moga-moga kita semua diberikan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Artikel ini dipetik daripada laman Facebook beliau.