Solat subuh selamatkan kanak-kanak dari dimurtadkan

Walau ramai yang sudah tahu tetang keputusan Mahkamah Tinggi semalam berkenaan pengekalan Islam ke atas anak-anak Loh Siew Hong, tapi mungkin ramai yang belum tahu, bahawa antara yang menjadi penyelamat dalam kes tersebut, adalah istiqamahnya kanak-kanak mualaf tersebut dalam mengamalkan solat lima waktu.

Dalam membacakan penghakimannya semalam, hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Wan Ahmad Farid merujuk kepada afidavit dan hujahan peguam MAIPs, berkenaan penzahiran iktikad dan keazaman melalui perbuatan dan tingkah laku untuk terus berada dalam agama Islam oleh kanak-kanak mualaf tersebut, walaupun selepas mereka diserahkan ke dalam jagaan penuh oleh ibu non-Muslim mereka.

Bahkan salah seorangnya juga turut menyatakan hasrat ingin menjadi peguam syar’ie apabila sudah dewasa kelak.

Perkara ini dilaporkan oleh media (rujuk gambar untuk laporan media penuh, yang telah difotokopi dan difailkan sebagai bukti di Mahkamah) dalam temu bual melalui telefon sehari selepas kanak-kanak tersebut dipulangkan ke dalam jagaan penuh ibu non-Muslim mereka: “The children said they had just performed their subuh prayers and were glad to be home with their mother.

One of the 14 year old twins told the news portal that she wanted to enter the police accademy when she grew up. Her sister said she wanted to be a counsellor or a Shariah law practitioner.”

Sebab itu dari awal lagi, apabila kita perjuangkan kes ini, ia bukanlah kes untuk memisahkan anak-anak dari ibu mereka; ia juga bukan kes untuk memaksakan agama ke atas kanak-kanak yang belum faham apa-apa.

Sebaliknya ia adalah kerana kanak-kanak mualaf tersebut sesunggguhnya adalah saudara seagama kita, dan justeru itu wajib bagi kita untuk membela hak dan aqidah mereka.

Aidil Khalid
Peguam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts