Solat tidak diterima Allah SWT

 

1. RASULULLAH pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah:

إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ

“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah)

2. Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia. Sabda Rasulullah:

وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا

“Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.” (HR Ahmad)

Tunaikan solat dengan sempurna. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts