Solidariti untuk Dr Zakir Naik

 

1. Saya hairan bagaimana seseorang yang menisbahkan diri sebagai seorang muslim lagi cerdik sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak yang sering menentang dakwah Islam untuk menjatuhkan seorang pendakwah Islam terkemuka dunia…

2. Saya tidak pasti adakah peguam-peguam muslim tersebut telah berjaya mengislamkan lebih ramai umat dari pendakwah tersebut??

Atau terikut-ikut dengan rentak mereka yang takut dan iri hati dengan kejayaan dakwah Islamiyyah??

Barangkali usaha dan sumbangan peguam-peguam muslim itu terhadap Islam lebih besar dari pendakwah yang disegani seluruh dunia itu..!

3. Saya tidak menyangka seorang yang sering mengangkat diri sebagai cerdik berbanding pak lebai itu boleh menerima begitu sahaja tuduhan negara-negara yang sering memusuhi dakwah Islam terhadap DZN yang mengaitkan beliau dengan keganasan…

Tidak pernah pula saya melihat beliau menerusi ceramah-cermah beliau yang menggalakkan ke arah pertumpahan darah dan keganasan?

Yang saya dapati beliau mengecam aktiviti-aktiviti keganasan tidak syar’iy itu ada lah…

Yang saya pasti dari lisan beliau ialah penyampaian yang penuh fakta dan hikmah, arguement yang sentiasa disulami hujjah…

4. Adakah kerana dakwah beliau yang menegakkan kalimah tauhid dengan “burhan” yang “sadid” sehingga ribuan umat dari seluruh dunia memeluk Islam itu dianggap sebagai punca perbalahan dan mengancam keharmonian negara?

Jika begitu gamaknya, maka barangkali Nabi SAW itu lebih berbahaya dari DZN sendiri bagi pandangan mereka, kerana baginda SAW bangkit di sebalik “perpaduan syirik” dan “keharmonian jahiliyyah” menyampaikan risalah Islam kepada musyrikin Makkah dan wilayah sekitar dari berseorangan diri sehingga mencecah ribuan manusia pada zaman baginda yang tertarik melihat kebenaran Islam??

Barangkali para sahabat RA juga merupakan penyebar risalah perpecahan kerana menyampaikan agama tauhid ini kepada pelbagai pelosok dunia??

Bukankah anda juga adalah sebahagian dari berbillion umat Islam hari ini yang terhasil dari “risalah penggugat keharmonian” tersebut??

5. Ya, musuh-musuh dakwah Islam itu sentiasa ada di mana-mana pada mana-mana zaman… Jangan pula kita begitu terdesak untuk cenderung ke arah mereka dan menjaga hati mereka berbanding hak seorang muslim yang berjasa…

Kita yang mendakwa diri sebagai muslim seharusnya gembira dan berbangga dengan usaha pendakwah ini yang gigih berjuang menyampaikan risalah agama ini yang tidak mampu kita lakukan walaupun hidup ratusan tahun lamanya…

Kita seharusnya bersama membantu beliau dikala beliau dizalimi dengan pelbagai tuduhan hanya kerana kejayaannya menegakkan kebenaran agama Allah ini…Bukannya bersekongkol dengan penzalim kuffar!

6. Dalam mafhum hadis riwayat al-Bukhariy Nabi SAW berpesan: “Muslim itu bersaudara sesama muslim lainnya, yang tidaklah dia menzalimi muslim yang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan hajat saudaranya maka Allah pula akan memenuhi keperluan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan kesukaran saudaranya nescaya Allah akan menghilangkan kesukarannya di hari Kiamat…”.

Sabda baginda SAW lagi: “Tidaklah seseorang itu meninggalkan saudaranya sesama muslim pada situasi kehormatannya sedang dilanggar dan direndahkan harga dirinya kecuali Allah akan meninggalkannya pada situasi dimana dia ingin ditolong. Dan tidaklah seseorang itu menolong seorang muslim lain pada saat harga dirinya direndahkan dan kehormatannya dilanggar kecuali Allah akan menolongnya pada situasi di mana dia ingin ditolong” [riwayat Abu Daud].

7. Saya dan sahabat-sahabat menyokong penuh usaha kerajaan dan pihak-pihak yang membantu mempertahankan pendakwah terhormat ini… Moga kita semua “thabat” menjadi bentengnya dari serangan musuh-musuh dakwah yang mulia ini selagi kebenaran risalah tauhid menjadi paksinya..! Kita tidak tahu setelah beliau tiada kelak, adakah ada lagi pengganti sehebatnya…

Ustaz Kamilin Jamilin

Sumber: https://www.facebook.com/Kamilin-Jamilin-Seni-Hadith-1743258955902336/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts