Strategi RAND Corporation buruk dan rosakkan Islam

 

1. Laporan kajian serta perancangan yang diterbitkan oleh RAND Corporation ini mendedahkan bagaimana liberal merancang untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Atas nama Civil Democratic Islam, mereka merancang memburukkan Islam serta mencairkan identiti Muslim.

2. Sekalipun diterbitkan pada tahun 2003, dapatan serta cadangan yang dinyatakan dalam laporan yang diterbitkan ini sangat signifikan dengan keadaan kita di Malaysia.

 

Image may contain: text

 

3. Karya ini mendedahkan beberapa strategi yang dirancang oleh barat untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Antaranya:

a- Mereka mencabar tafsiran serta ke fahaman kita tentang Islam. Sebab itu Tuan-Puan akan dapati pelbagai tafsiran Islam yang baharu muncul sesuai dengan kerangka pemikiran mereka. Bahkan kita juga pernah mendengar Siti Kasim menyebutkan bahawa mereka mempunyai Islam versi mereka sendiri.

b- Mereka mengaitkan hubungan gerakan Islam dengan gerakan pengganas. Seolah-olah menggambarkan Islam itu adalah pengganas. Sebab itu kita sering mendengar gerakan Islam atau Islam di Malaysia disifatkan dengan Taliban atau ISIS.

c- Tunjukkan mereka ini lemah dalam mentadbir. Atas dasar itu, negara-negara Islam, atau negeri yang ditadbir oleh pentadbir yang cenderung kepada kefahaman Islam akan dimomokkan sebagai tidak pandai mentadbir. Sisi baik mereka tidak ditampilkan bahkan hanya dihighligh kelemahan mereka.

d- Sampaikan mesej yang memburukan Islam ini kepada orang muda, golongan Muslim minoriti di barat supaya Muslim sendiri akan melihat Islam sebagai sesuatu yang buruk. Atas perancangan ini kita lihat bagaimana anak-anak muda mula mempertikaikan Islam bahkan melihat Islam sebagai sesuatu yang mundur.

4. Liberal tahu bahawa perancangan ini memakan masa yang panjang. Namun kesannya sudah dapat dilihat pada hari ini. Anak muda melihat Islam sebagai sesuatu yang mundur bahkan mereka mendakwa memiliki versi Islam mereka sendiri.

5. Maka tidak hairanlah jika hari ini Tuan-Puan dapati beberapa organisasi atas nama Islam di Malaysia ini mendapat tajaan daripada barat. Bahkan mereka mendakwa memiliki versi Islam mereka sendiri yang lebih moden. Mereka menjemput pemikir Islam liberal dibarat dan timur yang sesuai dengan acuan kerangaka pemikiran mereka untuk menghilangkan identiti Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

6. Ini adalah suatu kebimbangan yang nyata. Sekiranya kita tidak mengambil langkah yang sama untuk memberi penerangan berhubung perkara ini, generasi Islam akan hilang atau cair identitinya.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts