TEMERLOH – Menunaikan solat subuh perlulah ikhlas, bukan sekadar mengikut trend, nasihat daripada Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, walaupun fenomena berjemaah solat subuh di masjid adalah positif kerana menjadi ikutan di seluruh negara termasuk di Pahang namun paling penting niat untuk melaksanakannya.
“Nak sembahyang ini bukan sekadar solat suka-suka, kita nak solat kena tawajuh . Tidak kisah solat Jumaat ke, fardu lain ke, semua jenis solat,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Menurut beliau, solat subuh berjemaah telah lama dihidupkan di negeri ini terutamanya di masjid di Taman Temerloh Jaya di Temerloh.
”Macam di Temerloh Jaya, jemaahnya berdikari, usaha sendiri, datang dari hati, semangat dari masyarakat itu sendiri.
”Bukan dipaksa, bukan dijadikan aktiviti semasa , bukan arahan, atau perintah tapi datang dari naluri,” tambahnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, agenda mengajak umat Islam untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah telah dilaksanakan sejak dahulu oleh kepimpinan negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau ini menambah, Jabatan Mufti Pahang dari dahulu melakukan pelbagai usaha mendidik masyarat melaksanakan Rukun Islam kedua itu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan umat Islam untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain terutama terhadap individu yang tidak datang masjid.
“Jangan pulak bila kita berjemaah Subuh di masjid, tapi kita tak tengok orang tak datang, kita fikir lain (bersangka buruk).Jadi sangka baik dengan semua,” katanya.
Pada tahun 2019 lalu, Masjid Temerloh Jaya pernah tular kisah ratusan jemaah memenuhi saf untuk menunaikan solat Subuh
Manakala program Subuh Macam Jumaat’ yang berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, menarik penyertaan lebih 700 jemaah mendapat sambutan semalam. .- MalaysiaGazette
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM