Sujud menghapuskan dosa

  1. Sungguh luar biasa amalan sujud ini. Biarpun meletakkan kepala dilantai, Allah mengangkat kedudukan seseorang, malah menghapuskan dosanya apabila dia tunduk dan patuh kepada Allah. Ini kerana sujud pada hakikatnya mengagungkan Allah serta menundukkan jiwa muslim sepenuhnya kepadaNya.
  2. Sabda Rasulullah ﷺ:

عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لله؛ فَإِنَّكَ لا تَسْجُدُ لله سَجْدَةً إِلَّا رَفَعَكَ الله بِهَا دَرَجَةً، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً

“Perbanyakkan sujud, kerana sesungguhnya kamu tidak sujud melainkan Allah mengangkat darjat kamu dengannya serta menghapuskan dosa.” (HR Muslim)

  1. Rasulullah ﷺ bukan sahaja sujud saat mendirikan solat, bahkan segala kegembiraan dalam hidupnya akan dikaitkan melalui hubungan dengan Allah. Saidina Abu Bakrah menceritakan:

أنه – صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمْ كان إذا أتاه أمر يَسرُّه أو يُسَرُّ به، خر ساجداً، شكراً لله تبارك وتعالى

“Sesungguhnya Nabi SAW sekiranya sampai kepada Baginda sesuatu yang menyenangkan dan menggembirakan Baginda, maka Baginda lantas sujud, bersyukur kepada Allah.”

  1. Begitu juga andai dilanda kesusahan, Baginda akan segara mengadu kepada Allah. Begitulah hidup Baginda sering diikat dengan ketundukan dan kepatuhan kepada Allah.
  2. Sifat Ubudiyyah ini (mengabdikan diri kepada Allah), tidak sesekali merendahkan kedudukan manusia, malah mengangkat kedudukannya serta menghapuskan dosa hamba disisi Tuhannya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts