Sukarelawan perubatan Palestin maut ditembak tentera Israel

 

RAMALLAH: Seorang penduduk Palestin yang bertugas sebagai sukarelawan perubatan maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat hari ini, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian Kesihatan melaporkan Sajid Muzher, 17, terkorban selepas pertempuran berlaku di kem pelarian Dheisheh berhampiran Baitulaham di selatan Tebing Barat.

Beliau ditembak ketika bertugas sebagai sukarelawan perubatan, kata jurucakap kementerian.

Dalam kenyataan, Menteri Kesihatan Palestin, Jawad Awad, berkata ‘pembunuhan sukarelawan perubatan oleh penceroboh dengan menembak beliau di perutnya adalah jenayah perang’.

Tentera rejim kerap memasuki kem pelarian untuk membuat tangkapan atau operasi lain, selalunya mencetuskan pertempuran dengan penduduk. — Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts