Sultan Negeri ketua agama ada kuasa eksekutif: PPMM

 

PERKARA XLVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam Negeri.

Perkara L Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor memperuntukkan Sultan memiliki kuasa eksekutif Negeri Selangor, melainkan diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Oleh itu, Sultan Selangor bukan sahaja Ketua Agama Islam Negeri Selangor tetapi juga ketua eksekutif dalam Negeri Selangor.

Dalam konteks ini, Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 11(4) memberikan kuasa kepada negeri menggubal undang-undang kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, yang termasuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Oleh itu, Sultan Selangor mempunyai kuasa sepenuhnya mengeluarkan pandangan baginda tersebut.

Malah, bagi menjaga kemuliaan agama Islam serta memelihara syiar Islam ia adalah tanggungjawab baginda. Bertitik tolak dari inilah baginda menzahirkan titah tersebut.

Kuasa Persekutuan adalah berkaitan dengan penerbitan, keselamatan dan keharmonian.

Tetapi, apabila ia berkait dengan agama Islam, Sultan memainkan peranan yang sangat besar.

Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengalu-alukan pandangan DYMM Sultan Selangor dan menjunjung kasih kepada baginda.

Begitu juga PPMM menjunjung kasih titah Sultan Johor baru-baru ini.

PPMM merayu baginda Sultan-Sultan yang lain juga tampil menzahirkan titah baginda.

Tidak timbul isu kes tersebut di mahkamah sivil atau syariah, selagi ianya ada berkait dengan agama Islam peranan ketua agama negeri sangat didambakan oleh rakyat.

Both Muslims and Non Muslims should live in peace and harmony.

Saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hak menganut dan mengamalkan agama seseorang itu dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, perlu berbalik kepada keputusan terdahulu yg meneliti samada penggunaan kalimah Allah itu adalah ‘integral part of the religion of Christianity’ atau tidak.

Mahkamah terdahulu mendapati ianya bukan ‘integral part’ kerana orang Kristian masih boleh bersembahyang tanpa menggunakan kalimah Allah tersebut.

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PPMM
Timbalan Pengerusi PEMBELA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts