1. SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kebimbangan berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada berkesudahan sehingga menimbulkan keresahan rakyat.
2. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin turut berpandangan bahawa rakyat telah mula bosan dan meluat dengan segala tindak-tanduk ahli politik yang sentiasa bercakaran serta bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.
3. Mohamad Munir berkata, baginda berdukacita kerana kebanyakan ahli-ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan rakyat yang terkesan akibat wabak koronavirus (Covid-19) serta ditambah pula dengan kedudukan ekonomi mereka yang amat terjejas.
4. Teguran yang diberikan oleh Sultan Selangor itu mempunyai asasnya. Rasulullah menegur muslim yang terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa. Lebih malang lagi, andainya dia dilantik menjadi wakil rakyat namun dibenci oleh rakyat sendiri.
5. Benarlah Sabda Rasulullah:
وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ
Dan seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu marah kepadanya dan dia turut marah kepada kamu. Kamu melaknatnya dan dia melaknat kamu.” (Sahih Muslim, no: 1855)
6. Hadis Rasulullah serta titah Sultan ini seharusnya menjadi titik muhasabah buat seluruh ahli politik agar merenung kembali ikrar yang mereka laungkan sebelum pilihanraya untuk membantu rakyat yang kesusahan.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)