Sunnah bersin menutup muka

 

ANTARA Sunnah Nabi S.A.W ketika bersin ialah menutup wajah baginda dengan kain atau tangan.

Ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ

“Sesungguhnya Nabi s.a.w itu apabila bersin menutup wajahnya dengan tangannya ataupun kainnya. Baginda juga merendahkan suaranya (bunyi bersin). (Riwayat al-Imam al-Tirmizi, hadis berstatus sahih)

 

 

Sunnah Nabi s.a.w ini sangat wajar untuk kita amalkan, apatah lagi di musim wabak COVID 19 ini.

Sunnah ini dapat membantu mencegah mudah tersebarnya virus dari orang yang bersin. Di samping itu, ia merupakan adab santun yang baik untuk diamalkan sepanjang masa.

Mengamalkan sunnah ini akan mendapat pahala dan membantu menyelamatkan pihak lain dari ancaman penyakit.

Jika kita pembahawa penyakit yang boleh berjangkit melalui bersin, maka mengamalkan sunnah ini di hadapan orang lain merupakan satu kewajipan. -Ismaweb

Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts