KITA semua perlu tahu bahawa hari memperingati al-Quds yang dibuat pada hari Jumaat terakhir Ramadan pada setiap tahun termasuk di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu adalah satu wayang Syiah yang dimulakan di Iran. Sambutan tersebut hanyalah satu wayang yang dibuat mereka oleh kerana al-Quds itu sendiri mempunyai kedudukan istimewa dalam jiwa umat Islam, jadi dengan sambutan tersebut nak menunjukkan kononnya mereka itu hero umat Islam.
Sedangkan sesiapa yang membaca sejarah pasti akan tahu bagaimana puak Syiah sebenarnya adalah hipokrit dalam perjuangan al-Quds itu sendiri. Mereka bukan sahaja tidak membantu umat Islam dalam mempertahankan al-Quds bahkan mereka jugalah pengkhianat yang menjual tanah suci umat Islam ini kepada musuh Islam.
Ramai kita ketahui bahawa al-Quds pernah jatuh ke tangan Kristian dalam peristiwa Perang Salib yang pertama tapi tidak terfikirkah kita bagaimana tentera Salib boleh mendapatkan tanah suci itu dengan mudah sedangkan tanah tersebut bukanlah berada di sempadan empayar Islam? Tidaklah ini terjadi melainkan berlakunya pengkhianatan dari dalam.
Ibn Athir (1160M), seorang sejarawan Muslim terkenal menyebut dalam kitabnya al-Kamil fi al-Tarikh bahawa pada tahun 1098M (setahun sebelum kejatuhan pada tentera Salib) al-Quds ditawan oleh puak Syiah Fatimiyah dalam peperangan mereka menentang khalifah umat Islam Sunni. Kemudian mereka dengar bahawa tentera Saljuk (Sunni) yang berada di Gaza sedang mara ke al-Quds untuk mempertahankannya daripada tentera Salib yang sedang mara daripada Eropah.
Oleh kerana bimbang kedudukan mereka, Syiah Fatimiyah terus menghantar wakil mereka bertemu tentera Salib untuk membuat persepakatan menyerahkan tanah suci ini demi mendapatkan bantuan tentera Salib menentang umat Islam Sunni. Akhirnya bermula dari sinilah jatuhnya al-Quds ke tangan musuh pada tahun berikutnya iaitu 1099M.
Pengkhianatan mereka bukan setakat itu, bahkan pada saat Salahuddin al-Ayubi ingin membebaskan al-Quds, Syiah Fatimiyah yang berada di Mesir telah bersepakat bersama tentera Salib di al-Quds untuk pertahankan tanah tersebut daripada umat Islam. Hal ini telah menyebabkan Salahuddin terpaksa bertindak membebaskan Mesir daripada ‘duri dalam daging’ ini sebelum membebaskan Quds.
Sebab itulah, walaupun Syiah hari ini kononnya menyatakan mereka memperjuangkan al-Quds tetapi dalam masa yang sama mereka sangat membenci Salahuddin al-Ayubi kerana telah menjatuhkan daulah mereka. Antaranya Hasan Amin, seorang sejarawan Syiah di Lubnan telah menghina Salahuddin dengan mengambarkannya sebagai seorang pengkhianat yang suka bermabuk dan sangat menggilakan darah manusia sehinggakan dituduhnya Salahuddin sebagai seorang murtad.
Bahkan kalau kita lihat siri peperangan Salib khususnya Perang Salib kelima, Syiah mempunyai peranan besar yang menyebabkan tentera Salib boleh masuk ke Mesir. Bacalah sejarah umat Islam, kita akan sedar bagaimana nenek moyang kita terpaksa membayar jutaan darah umat akibat pengkhianat Syiah ini. Tidakkah kita belajar daripada sejarah?
Ambillah pengajaran wahai orang yang berakal!
Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Terima kasih uztaz semoga ia membuka mata rakyat malaysia dan menjadi iktibar akibat sejarah hitam ini
umat Islam kena bersatu..zaman akhir khalifah Abbasiyah Khalifa org sunni, perdana orang Syiah, ketua tentera….org Turki….masing2 ada kelemahan..dan ingin menjadi…pemerintah…akhirnya sistem khalifah ..jatuh
Penerangan dan pembongkaran sejarah berserta bukti yang kukuh perlu dilakukan secara berterusan agar tidak menjadi pegangan adat dan budaya masyarakat masa kini dan akan datang
Bagaimana Syiah berkembang di Malaysia? Lps Kerajaan Baru memerintah Malaysia, Syiah bertambah hebat!!!.. Syiah ni dah kategori kafir kan? Mohon pencerahan. Menteri Agama kita sptnya membiarkan je syiah bertapak kat Malaysia..