Tanda kesungguhan para Sahabat RA memperjuangkan Islam

 

HANZALAH RA mati syahid dalam Perang Uhud. Hanzalah agak lewat berkahwin sehingga Rasulullah SAW membantunya untuk mengumpulkan mahar perkahwinan. Pada malam pertamanya sebagai pengantin baru, dia mendengar panggilan jihad diseru. Dia segera bergegas menyahut seruan tersebut bagi mempertahankan Islam sehingga terlupa dirinya masih dalam keadaan berhadas besar. Dia berjuang habis-habisan sehingga menemui syahid.

Ketika para sahabat hendak mengangkat jasadnya, mereka mendapati tangan mereka basah dan berbau haruman kasturi. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Saudaramu ini telah dimandikan jasadnya oleh para malaikat. Ketika hendak mengebumikan jasad Hanzalah RA, para sahabat melihat Rasulullah SAW berada di hujung tubuh Hanzalah RA, lalu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu lalu baginda menjawab: Aku sukar nak cari ruang untuk berdiri kerana ramainya malaikat yang hadir pengebumian Hanzalah RA.

Betapa seriusnya para sahabat RA dalam mengurus kehidupan harian mereka supaya mereka terus aktif dalam perjuangan. Mereka tidak mudah untuk memberikan alasan. Alasan tidak akan surut daripada kehidupan di dunia. Mereka jujur dalam berjuang lalu Allah SWT membenarkan janjNya kepada mereka dan keluarga mereka. Kemuliaan adalah dengan hidup berjuang mendaulatkan Islam.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts