- Demi memartabatkan kalimah Allah, para sahabat bertungkus-lumus memperjuangkan Islam. Ada dalam kalangan mereka yang terkorban, ada dalam kalangan mereka yang hilang anggota. Kami senaraikan di sini, beberapa orang sahabat yang terputus tangannya ketika berjihad. Antaranya:
- Tangan Mus’ab bin Umair. Menurut riwayat Ibn Sa’ad, tangan Saidina Mus’ab bin Umair telah terputus dalam Perang Uhud. Beliau memegang panji tentera Islam lalu tangannya ditebas oleh Ibn Qami’ah.
- Tangan Ja’far bin Abi Talib. Tangan Saidina Ja’far dikatakan terputus keduanya dalam Perang Mu’tah. Rasulullah ﷺ menangis mendengar perkhabaran ini dan menyifatkan Ja’far seorang yang akan diberikan sayap di syurga.
- Tangan Nusaibah binti Ka’ab. Saidatina Nusaibah ialah contoh ibu pejuang. Beliau telah menyertai Perang Yamamah dan terputus tangannya dalam perang tersebut. Malah anaknya syahid di medan jihad.
- Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mereka yang memartabatkan agama Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM