Tanggungjawab pemimpin Islam daulatkan undang-undang syariah

BANGI  – Umat Islam perlu sedar kepentingan melahirkan kepimpinan ummah yang mendaulatkan syariah Islam melalui pendekatan dalam sistem perundangan negara.

Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat menegaskan, usaha dan kerja keras untuk mengharmonikan undang-undang syariah dalam Perlembagaan adalah tanggungjawab semua umat Islam.

“Apa sahaja kelompongan yang perlu ditambah baik mesti diusahakan secara serius.

“Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab ummah keseluruhannya seperti (melahirkan) ummah yang faham dan jelas mengenai kepentingan dan kedudukan sistem perundangan Islam.

“Fungsinya untuk mengatur kehidupan kita supaya dalam keadaan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Ustaz Shuhaib berpandangan, ummah memainkan peranan penting untuk melantik kepimpinan negara yang benar-benar mampu memperkasakan undang-undang syariah dalam pemerintahan negara.

Bukan sekadar dijadikan sebagai slogan politik semata-mata tetapi ianya adalah tuntutan yang melangkaui batasan politik kepartian, katanya.

“Para ulama dan pendakwah yang menerangkan kepada semua segmen masyarakat berkenaan perundangan syariah adalah salah satu daripada kesempurnaan agama Islam. Tanpanya, ummah akan menjadi kucar-kacir dan hilang kekuatannya,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts