Taqrib mengundang malapetaka ngeri kepada umat Islam

sunni-syiah

 

Seruan untuk Taqrib (mendekatkan) antara Ahli Sunnah wal Jamaah dengan ajaran sesat Syiah adalah mustahil. Syiah beriya-iya mengangkat slogan ‘Hilangkan perselisihan semampu mungkin’ dan ‘Semakin kurangnya perselisihan, semakin mudah untuk bekerjasama’ dalam usaha untuk ‘mendekatkan’ Syiah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

1. Usaha Taqrib ini mengajak kita melaknat para sahabat Rasulullah saw dan isteri-isteri Baginda saw. Buktinya di dalam Kitab Al-Wafi (antara kitab utama bagi Syiah) menyatakan ‘Orang yang pertama berbaiah kepada Abu Bakar sebagai Khalifah adalah Iblis’!!. Tokoh Syiah bernama Abu Ja’far Al-Kalini menulis dalam kitabnya Al-Kafi bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah kafir.

2. Usaha Taqrib ini akan menyuruh kita untuk mengoyakkan dan membuang kitab-kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan baki kitab Sunan Sittah yang lain kerana di dalamnya mengandungi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum yang dibenci oleh Syiah.

3. Usaha Taqrib menyeru kita untuk beriqtikad dan mempercayai dengan yakin bahawa maksum tidak hanya untuk para nabi. Syiah mengimani bahawa para ulamak juga maksum sehingga mereka mengambil pandangan ulamak mereka secara taksub dan membabi buta. Inilah cara Syiah membina fahaman yang sesat dalam pengikutnya atas nama maksum.

Syiah adalah ajaran yang tertegak atas asas khayalan, dongengan, taksub dan juga dengan misi untuk membinasakan Ahli Sunnah wal Jamaah. Syiah selama-lamanya tidak akan berubah. Apabila Ahli Sunnah wal Jamaah menerima idea Taqrib, maka ia sebenarnya mengundang malapetaka yang ngeri kepada umat Islam. Tolak Syiah secara total kita akan selamat.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts