Tentera rejim Zionis bersiap serang Gaza besar-besaran

 

SEMENANJUNG GAZA – Tentera rejim Zionis dilaporkan mula mempersiapkan ketumbukan anggota tentera untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas wilayah terkepung ini.

Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Aviv Kochavi dipetik berkata, pihaknya telah meluluskan rancangan operasi ketenteraan terhadap Semenanjung Gaza, malah telah menubuhkan unit pentadbiran bagi mengenal pasti sasaran mereka.

Memetik media Israel melaporkan, Kochavi juga telah berkunjung ke ibu pejabat tentera Israel bahagian selatan, dan mengadakan pertemuan dengan komander tertinggi yang bertanggungjawab terhadap operasi di Gaza.

Dalam pertemuan itu, Kochavi dilaporkan mengarahkan pihak tentera mempersiapkan sistem peluru berpandu pertahanan udara jenis Iron Dome bagi tujuan serangan ke atas Gaza.

Pada masa sama, perancangan operasi ketenteraan rejim itu dilaporkan dibuat berdasarkan laporan pihak perisikan Israel, yang mendakwa pasukan tempur Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dalam keadaan bersiap-sedia melancarkan serangan ke atas rejim.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa perisikan Israel percaya, kesediaan Palestin melakukan serangan didorong oleh realiti bahawa hayat politik Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, hampir berakhir.

Hamas, walaupun terpaksa mentadbir Gaza yang berdepan masalah ekonomi, tetap bersiap sedia menghadapi kemungkinan diserang rejim pengganas Zionis sejak 2014, terutama dengan membina lebih banyak rangkaian terowong bawah tanah ke kawasan diduduki Israel.

Jihad Islam, sebuah lagi pergerakan penentang, juga dilaporkan sudah menyiapkan 8,000 pejuang terlatih yang lengkap bersenjata bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Perisikan Israel juga tidak menolak kemungkinan sebarang tindakan ke atas Semenanjung Gaza akan mencetuskan ketegangan di Tebing Barat yang ditadbir PA. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts