“Terima kasih encik bilal”

 

GEORGETOWN: “Mulanya saya sebagai Cina rasa ragu-ragu juga, tapi encik bilal cakap nyawa lebih penting, tak boleh tunggu lagi.”

“Jadi, kami semua termasuk orang tua dan budak terus masuk ke dalam surau,” kata Lee Swee Cheng, 50, penduduk di Lengkuk P Ramlee, antara mangsa banjir yang ditumpangkan di surau Taman Free School di sini, kerana rumah mereka dinaiki air, Ahad lalu.

Beliau berkata ketika banjir melanda kira-kira jam 2 pagi itu, arus sangat kuat dan mereka bernasib baik kerana bilal surau terbabit, Sapno Tukijo, 50, menghulurkan bantuan.

“Nasib baik encik bilal menolong kami ketika itu. Dia (bilal) sedaya upaya membawa kami menyeberang jalan dengan mengikat tali untuk ke tokong di seberang jalan.

“Namun, arus deras menghalang pergerakan kami dan encik bilal akhirnya menyuruh kami menumpang di surau buat sementara waktu,” katanya.

Menurutnya, mereka tinggal berjiran dengan Sapno dan semua penduduk di kawasan itu memang mengetahui yang bilal berkenaan suka membantu.

“Dia memang jiran yang baik hati, peramah dan mudah membantu orang lain.

“Saya sangat berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu kami ketika banjir yang mencecah paras dada melanda kawasan rumah,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts